CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 7, 2011

Perjuangan Terindah...


Salam Mesra buat semua.

Hari ini saya ingin membicarakan mengenai kepuasan diri.
Kerja yang saya pikul menitikberatkan membantu semua orang tanpa prejudis.
Walaupun seunik mana seseorang yang dirujuk kepada saya, akan saya melayan dengan sama rata. Itulah harapan hati seorang manusia bergelar insan.
Namun disebalik kerja profesionalisme ini, saya terkadang terlajak perahu pada kehidupan diluar waktu pejabat.
Seperti semua orang mempunyai kehidupan yang tersendiri, saya kadang kala susah untuk memuaskan hati semua pihak termasuk kawan-kawan terdekat. Inilah yang saya namakan keunikan manusia.
Buat semua yang membaca 'perjuangan terindah' ini saya titipkan kemaafan seandainya pernah saya guriskan hati dan perasaan dengan sengaja mahupun tidak.
Lumrah menjadi manusia sentiasa melakukan kesilapan, dan lumrah manusia menjadi terkurang atau terlebih. Maka ingatkan saya jika saya menjadi terkurang atau terlebih unik.

"Jumaat penghulu segala hari, hari terbaik untuk saya mulakan untuk memohon maaf andai pernah teruris@seumpamanya"

0 comments: