CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 5, 2011

Mendaki Puncak

Assalamualaikum..

Dari kecil kita diasuh untuk menjadi orang yang berjaya, berakhlak, beriman dan berstatus baik. Namun dimana silapnya minda kita bukan seperti minda orang-orang yang berjaya.
Istilah 'berjaya' terlalu umum dan ramai yang salah mendefinisikan sehingga mereka menjadi orang 'berjaya' yang biasa-biasa. Kais pagi makan pagi dan seumpamanya.
Mungkin ramai tak sependapat dengan saya. Saya tak salahkan mereka kerana manusia adalah unik. Saya juga ada keunikkan tersendiri kan.
Jika ada yang setuju mahupun tidak setuju saya tetap hidup dan mati dengan ketentuan ILAHI. Maka saya yang boleh mengubah nasib saya bukannya orang lain dengan izin ALLAH..
Istilah makan gaji sinonim dengan orang-orang yang biasa makan gaji. Tapi menjadi asing kepada orang-orang seperti saya. Saya juga bekerja makan gaji, tapi jauh disudut hati saya tidak dapat membantu sesiapa pun melainkan hanya bidang profesional yang saya ada.
Minda saya bukan untuk menjadi kuli selamanya. Saya ada impian dan impian saya untuk menjayakan impian saya. Impian saya ialah mempunyai legasi perniagaan sendiri yang serba hebat dengan bantuan Ilahi(Doa+Tawakkal sesudah planning dan usaha bertalu-talu).
Namun ramai yang tidak sehaluan dengan saya, umpamanya cukuplah sekadar dapat makan, minum dan hidup bersederhana. Bagi saya segulung Ijazah bukan untuk menjadi kuli, sebaliknya menjadi manusia yang membekalkan serba serbi kepada mereka yang tidak berkemampuan melakukannya...
Contohnya, kenapa kita tidak berupaya membina empayar sendiri dengan kebijaksanaan yang ada pada setiap individu. Kenapa kita tetap mencari kerja yang hanya cukup-cukup makan gaji, kenapa tidak kita yang boleh mengaji orang-orang lain yang masih lagi ramai mencari pekerjaan. Itulah kehebatan Ijazah bukannya menjadi Azizah yang makan gaji sahaja.
Kalau dikirakan gaji kita makan gaji, tahun 2020 gaji kita akan menjadi miskin kampung...kerana sekarang nilai 2500 pun dikira miskin kota.
Apa yang aku cakapkan ini sekadar luahan hati yang unik, kerana semua manusia ada keunikkan tersendiri.Teruskan mendaki ke puncak, jika boleh cepat kenapa nak lambat, kalau boleh membantu kenapa ingin membantut...Wassalam.





0 comments: