CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 9, 2011

KISAH DOKTOR SUAMISTERI


Salam Bahagia untuk semua.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai dua orang doktor yang bergelar suamisteri. Pada dua hari lepas saya bertemu secara tak sengaja dengan sepasang suamisteri ini, saya pernah dengar ura-ura si isteri ingin meletakkan jawatannya sebagai Doktor Pakar dan juga seorang pensyarah di IPTA. Namun saya mendapatkan kesahihan dengan bertanyakan kepada tuan empunya diri.

Sayu dan sedih mendengar cerita realiti dari seorang yang bekerja dalam arena profesional. Namun saya mengakui itulah hakikat yang dialami ramai orang di mana-mana sahaja. Kata si isteri, 'bayangkan perasaan kamu si ibu bila orang-orang disekeliling berkata ITU ANAK AMAH KAMU KE!!'...

Sungguh tersentap kata-kata itu, namun itulah realiti bila kita suamisteri bekerja siang dan malam. Bukan keinginan kita untuk bekerja namun itulah tuntutan kerja profesional yang memerlukan 'oncall' siang dan malam dan tengah malam/pagi.

Saya percaya ramai diluar sana mengalami masalah yang sama iaitu terpaksa memberi kepercayaan kepada AMAH untuk menjaga anak-anak kerana keperluan pekerjaan.

Alhamdulillah bagi saya keputusan si isteri untuk meletakkan jawatan TINGGI demi sebuah kehidupan yang lebih bahagia amat memberi seribu makna dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya didikan dari tangan sendiri dan keberkatan dalam rumah tangga dititikberatkan.

Si isteri dan suami amat bijak pada pengamatan saya. Iyerlah letak jawatan dan mengambil keputusan melakukan bisnes secara serius. Sekurang-kurangnya semua MASA ditangan si isteri tersebut.TAHNIAH dan SYABAS kerana berfikiran LUAR BIASA berbanding orang-orang biasa kebanyakkan orang..

Bisnes yang dijalankan ini juga adalah bisnes yang menguntungkan duniakhirat iaitu bisnes pendidikan yang mampu memberi ilmu kepada anak bangsa serta pendapatan untuk anak sendiri. Terima kasih kerana bisnes ini saya banyak beljar mengenai kehidupan.

KALAU BOLEH KAYA DUNIA DAN AKHIRAT kenapa pula ingin menyempitkan pemikiran dengan kaya akhrirat miskin didunia?? Bukankah KEKAYAAN diseru ALLAH supaya kita dpt membantu yang memerlukan...MOGA ALLAH MEMBERI KITA SEMUA PETUNJUK YANG BENAR....AMIN

0 comments: