CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 10, 2010

Gaji, duit, kerjaya dan dot dot dot...

Apa yang harus dilakukan untuk mendapatkan duit?


Semua manusia memerlukan duit. Malah keseluruhan manusia memerlukan gaji, kerjaya, dan sebagainya. Semuanya berkisar kepada duit. Tanpa duit hidup menjadi sengsara bagaikan ombak yang sentiasa bergelora, tak pernah tenang mencari jalan ikhtiar untuk mendapatkan keperluan hidup termasuk makan minum dan lain-lain.


Maka ada sesetengah orang rela berbuat apa saja untuk mendapatkan duit. Ada yang mengemis, ada yang berniaga benda halal dan haram, ada yang menjual maruah diri, ada yang berusaha melakukan apa saja untuk dapatkan kewangan bagi meneruskan hidup termasuk mencuri mahupun berjudi.



Sesetengah lepasan Universiti pula tak dapat-dapat kerja yang diidamkan sampai sekarang sehinggakan menjejaskan duit mahupun gaji yang tidak memuaskan. Ada yang sanggup bekerja di mana-mana sahaja asalkan dapat duit.



Bagi yang sudah bekerja pula tak pernah berhenti mencari duit tambahan, kerna lumrah dunia manusia tak pernah cukup dengan apa yang dimilikinya. Ada yang sudah menjadi badan profesional pun tetap mencari kewangan luar demi memenuhi tuntutan hidup sekarang.


Apa yang pasti, manusia takkan berhenti mencari duit!!!

0 comments: