CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 5, 2010

SAKIT JIWA?

Setelah 3 hari aku bekerja dengan rasminya di HUKM, banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku pelajari tentang erti manusia, erti kehidupan dan keunikkan manusia sejagatnya.

Topik yang menarik minat aku ialah 'sakit jiwa'. Ia adalah perkara yang memalukan dan stigma yang buruk kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Namun cuba kita fahami dengan mendalam akan disebalik tabir 'sakit jiwa'.

Kenapa masyarakat kita terlalu rigid dengan orang yang mengalami 'sakit jiwa'?Bagi aku ia tak layak digelar 'sakit jiwa' tetapi yang lebuh tepat ialah masalah kesihatan mental.

Apa beza sakit jantung, sakit kencing manis dan masalah kesihatan mental? Bezanya sakit jantung di bahagian jantung, dan masalah kesihatan mental di kepala iaitu bahagian saraf otak.

Disebabkan stigma masyarakat kita terlalu buruk prasangka terhadap kesihatan mental, maka ramai pesakit-pesakit mental mengalami sakit buat kali kedua. Sokongan dan dorongan masyarakat serta ahli keluarga yang tidak kuat menyebabkan penyakit ini berulang lagi.

Sedarlah bahawa kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Sekecil-kecil semut pun ada gunanya apatah lagi kita sesama manusia. Jangan terlalu menganggap diri adalah hebat sehinggakan semua sekeliling anda 'sakit'.

0 comments: