CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

KiNi aKu PAsRaH- DiARi HidUPkU


Hari ini hari Sabtu 25.4.09...hanya tinggal 9 hari saja lagi aku akan meninggalkan UMS...Namun kini aku rasakan biarlah cepat hari2 ini akan berlalu....aku sedang lemas dalam dakapan diriku sendiri...

Tetiba semangatku yang kuat dan hidupku yang riang girang hilang dalam 1 hari ini..Aku tertanya-tanya kenapa..Tp sbenarnya sudah lama jawapannya ada dalam diriku...Aku makin menyukarkan hidupku...Aku sangkakan hidup aku akan lebih bersinar dengan persekitaran yang aku ada sekarang...Namun sebenarnya aku tetap menipu diri aku sndiri...Aku seolah-olah di luar negara sedang melancong....Walaupun hakikatnya aku di negara sendiri...Aku tak paham apa yang aku sedang hadapi walaupun sbenarnya aku tetap aku...Semuanya dalam diriku...

Smakin lama aku bernafas, semakin banyak aku menghirup udara...ada udara yang bersih, ada udara yang kotor, ada udara yang separuh bersih dan separuh kotor dan macam2 lagi udara...Hakikatnya sudah sukar untuk aku mencari udara yang suci lagi bersih...Jika ia ada pun, ia tetap diragui sebagai udara yang akan mengotorkan pernafasan aku...Kerna aku sudah mula bertnggapan buruk dengan udara disekeliling....

Kini aku pasrah...Aku harus menjadi Aku yang sememangnya Aku...Bukan lagi berdepan dengan penipuan diri aku sendiri mahupun sandiwara udara...Aku kuat kerana aku pandai menghiburkan hatiku sendiri...Aku riang kerana aku rasakan akulah diantara yang girang...aku bersemangat kerana ada yang menyuntiknya...aku kuatkan ketahanan diriku...Namun kini aku harus bersendiri...Menjadi manusia yang memahami erti realiti kehidupan...

Kepada yang sudi menjadi udara yang membuatkan aku terus bernafas, aku hanya boleh ucapkan terima kasih...Kepada udara yang hadir kerana mencari mangsa untuk dibernafaskan turut aku ucapkan terima kasih...ko adalah udara yang mewarnai kehidupanku...

Sebenarnya fikiran aku bercampur aduk diantara udara dan air....Air yang selalu menenangkan aku turut bergelora..Bukan setakat bergelora bahkan berombak...Air yang dulunya memberikan aku sumber tenaga untuk teruskan kehidupan, memberi aku serat vitaminnya telah membuatkan aku tidak mahu minum lagi....Walaupun ada air lain yang aku percaya untuk aku minumnya, tapi aku tetap meragui dan diragui...Kini aku seolah membenci untuk memiliki air....Biarlah tiba masanya aku akan diberi air oleh mak aku sendiri....Memecah tradisi keluargaku....Takpun menunggu arus membawa aku terus kedepan...

Hati perasaanku kini bagaikan udara dan air yang sedar tercemar didunia... Akibat kerakusan manusia aku menjadi hilan pedoman...Hilang pedoman untuk mencari jalan menyelamatkan udara dan air dari terus dicemari....Yang nyata aku perlukan udara dan air untuk teruskan kehidupan..
Kini aku pasrah.......(terpulanglah apa yang korang nak tafsirkan....hanya bicara hatiku yang merasai dan memahaminya dan mungkin juga ini adalah bisikan gangguan dalam hatiku semata2.)

8 comments:

FYZA -LULA said...

Mana kekuatan abg pjol selama ni...bangkitlah...berpijak di bumi yg nyata...

miashuhada said...

napa ngan semua orang???
jangan patah semangat....

Semakin hampir saat itu,
tiada siapa dapat menghalang,
Semakin hampir saat itu,
tabahkan diri kalian,
Semakin hampir saat itu,
teguhkan keakraban kita,
Kerana saat itu,
tetap akan tiba jua....

miashuhada said...

napa ngan semua orang???
jangan patah semangat....

Semakin hampir saat itu,
tiada siapa dapat menghalang,
Semakin hampir saat itu,
tabahkan diri kalian,
Semakin hampir saat itu,
teguhkan keakraban kita,
Kerana saat itu,
tetap akan tiba jua....

Hafiz Ab Gani said...

25 April 2009?! ak pon pelik apa yg sbnrnya telah berlaku kerana sume geng adik-beradik masing2 wat hal sendiri. lawak la sume...

miashuhada said...

mungkin semua orang amik masa nak tenangkan fikiran kot...erm

pijol@fizul said...

sebabnya semua mainan emosi...kenapa takut dilambung ombak klu pergi d tepian pantai...huh

Yoyo said...

Manusia akan lalui masa2 apa yang abg pjol rasakan sekarang..setiap permulaan akan ada pgakhiran.

Semua manusia akan datang dan pergi.Pengisian bersama tu la anugerah..dan kenangan utk saling mengerti dan memahami dlm masa yg sama mencari diri.

Jangan lepaskan keindahan dan kebahagiaan..perjuangkan dan abadikan dlm sanubari.

Kadang2 kita kena memahami tidak semua org yg kita syg akan dapat selalu bersama2 kita,dorang pun ada khidupan dan masa lain untuk dorang..even abg pjol snd.

Bermain dipantai.kerana tahu bahagia disitu.jgn takut dilambung ombak..biarkan ombak melambung diri,biar kita rasakan setiap detik perasaan dan pengalaman tu..untuk kita tahu dan kenal kasarnya butiran pasir dikaki kita,sejuknya air yang meresap dicelahan kaki kita..indahnya pemandangan dikala senja..sekurang2nya kenangan itu MASIH ADA.jadi,berbahagialah..

pijol@fizul said...

thanks yoyo...
betul tue...i stujue..hehehe