CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

6 HARI LAGI AKU AKAN D UMS...huhu

SALAM BERJUANG KEPADA RAKAN2 SEMUA.
Minggu ni merupakan minggu terakhir aku d UMS...hanya 6 hari je lagi aku dapat jejakkan kaki d UMS ini...Dan di saat inilah pelbagai hal berlaku diantara kami kawan2 samaada suka dan duka...Hati kami menjadi sangat rapuh bahkan senang terasa..Disaat ini juga kami selalu berjumpa untuk memuaskan perasaan masing2 bersama.Bagaikan aur dengan tebing, kami seakan-akan tidak mahukan perpisahan...Ada saja yang kami borakkan dan hiburkan hati masing2....Tengok wayang, makan sama2, memberi semangat antara satu sama lain, saling membantu apa saja dan macam2 lagi...Malah kami semua cepat merajuk...Emm...Merajuk hinggakan semua malas nak layan...Tapi tetap layan sebab keakraban yg terjalin...Namun bak kata orang merajuk itu tandanya sayang...MAka itulah yang terjadi diantara kami...Selalu merajuk kerana semuanya dah rapat, akrab dan intim..
Emm memang menarik jika perhubungan yang terbina kerana berlandasankan keikhlasan dan kejujuran...Seperti aku pula, aku semakin tidak suka berada di bilikku sendiri lagi mulai saat ini..Buat pengetahuan korang bilik aku macam rumah aku...Sangat aman didalamnya...heheheh..Ada karpet, ada radio, pembakar roti, ada tilam yang aku bawa dari rumahku, hiasan asal dibilik ini, wah memang aku suka duk bilikni daripada bilik kawan2 aku yg lain.Kalu aku tidur macam aku taknak bangun dah...Itulah mengambarkan bilik aku, tapi di saat ini aku seolah olah seperti tidak mahu lagi berada di bilik ini bersedirian...Aku banyak ke bilik Azri, Hafiz n Hilal...Thanks to korang yang ntah apa yg aku nak cakap ntah sb korang memang baik...Terutama dibilik yg aku sering tdo(Azri ko memang mulia......thanks k)...hehehhe..jadi aku harap korang tak jemu2 melayan aku n aku memang nak selalu g bilik korang...Sebelum kita semua akan berpisah...Sedey sangat2 bila pkirkan perpisahan, tapi biarlah aku habiskan masa bersama korang sebelum ku pulang dan berkahwin...hehehhe

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK.....................KENAPA BERMAIN DI TEPI PANTAI
KALAU TAKUT AKAN KERUGIAN.......................KENAPA SANGGUP BUAT BISNES
KALAU TAKUT BASAH...........................................KENAPA NAK BERMAIN DENGAN AIR

KALAU TAKUT GAGAL...............KENAPA TAK BERUSAHA
KALAU TAKUT TERASA...............KENAPA ADA HATI

KALAU TAKUT BERPISAH......................KENAPA KITA NAK BERTEMU
k lah yang penting kita kuatkan semangat walau apa pun yang berlaku...TUHAN tahu itulah yang terbaik untuk kita....

3 comments:

miashuhada said...

masa semakin cepat berlalu..
setiap detik jarum jam
akan ku rasai
setiap saat jarum jam
akan ku hitung
setiap minit jarum jam
akan ku kira
setiap jam...akan menukar hari ini kepada esok....
hari ini pasti hilang
esok akan datang
lusa menunggu masanya...

semoga semua akan berbahagia selalu
jangan patah semangat!

Yoyo said...

yeer btul apa yg kak su cakap..kita kena berbahagia selalu^_^

abg pjol,lalui hari2 dgn indah dgn senyuman.Rindui saat bersama shbt yg cm fmly snd.hohohoho

Hilal Azmi said...

ya ya ja... gamba aku sorang xdak pon....huhu