CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 22, 2010

KERJAYA IMPIAN

Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran aku dapat apa yang aku impikan...Semoga kerjaya baruku akan membaca keberkatan dalam hidupku...

Sedikit berkongsi perjalanan idupku selepas Konvo pada bulan 10 tahun lepas.
Tika melangkah keluar ke dunia realiti dan membawa segulung ijazah, hanya perasaan yang sedih dan sayu kerana kerjaya impian tiada di depan mata. Demi mencari sesuap nasi aku bekerja dengan sebuah Syarikat yang sangat stabil dan gah di mata rakyat Malaysia walaupun bidang pekerjaan itu bukan kesukaan mahupun bidangku. Cukup dalam anggaran 2 bulan dan tika itu Krismas, aku membuat keputusan untuk melepaskan kerja itu kerana rasa bersalah tidak dapat melakukan kerja itu dengan baik.
Alhamdulillah ketika sedang 'tanam anggur' aku bergegas ke hypermarket di sebelah rumah untuk bekerja. Syukur terus diterima dan berkursus. Dalam masa sehari setengah berkursus, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana semangat untuk menyambung master sangat tinggi.
Dalam diri masih dilema dan tidak tenang, alhamdulillah aku ditawarkan menjadi Pegawai Eksekutif (Diploma) disebuah badan sistem saraan sendiri. Syukur kerana disini sangat mengembirakan dapat menolong orang2 yang memerlukan bantuan serta seolah2 seperti menguruskan program ketika aku aktif di Universiti dulu...Dalam anggaran 3bulan disini, tetiba aku mendapat peluang untuk menjawat Pegawai gred 41 di badan berkanun. Syukurnya aku pada ALLAH hanya DIA yang tahu. Kerana itu adalah cita2 aku untuk menjadi seorang 'kaunselor'. Kini aku merasai sekali lagi hikmah yang berlaku dalam idupku...Sesungguhnya ALLAH MAHA ADIL LAGI MENYANYAGI hambaNYA.

Kepada kawan2 yg belum lagi mendapat apa yg diingini, jangan sesekali berputus asa. Setiap perjalanan itu akan mematangkan kita dan pasti ada hikmahnya.
Sehingga kini, laman2 web berorintasikan mencari pekerjaan menjadi aktiviti pertama aku, kerana bagi aku rezeki ada dimana2 sahaja, tapi kita tidak boleh pernah berputus asa mahupun mengalah. TERUSKAN BERUSAHA!!!

0 comments: