CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 2, 2009

BILA ADA YANG MULA BERSUARA....

jika sebelum ini semuanya diambik dengan jalan yang mudah, pasti hati ini juga takkan mahu untuk berbicara...kerna hati dan perasaan sering dibawa untuk bersuara..seandainya ruang dipertikaikan dengan wang, pasti jua aku akan mula berbicara dengannya...kerna aku adalah manusia biasa yg sering melakukan kesilapan...

aku akui hidup memerlukan wang dan semuanya harus diambil kira...namun kadang kala hati dan perasaan masih ada untuk membezakan yang mana patut dan mana tidak patut...tetapi seandainya hati nurani memerlukan kita bersuara, pasti pihak yang satu lagi akan turut berbicara....

jika aku tinggal dibawah satu bumbung, maka prinsip aku adalah rumahku syurgaku...sesiapa yg berteduh di bumbung yang sama akan jadi 'keluargaku'...dan saat itu tidak banyaklah untuk aku 'berbicara' jika ada terpalit hati dan prasaan..kerna selagi ada rasa kasih dan hormat akan aku jaga ikatan itu...

namun semuanya berubah jika wang yang dipertikaikan....kerna aku serik dengan sahabat2 lama yang suka memeritkan pengalaman lampau...maka berbicaralah hatiku selaras dengan suara yang mula terpacul dari hatinya...jika wang diutamakan maka aku jua akan berbicara mengenai uwang yang harus didahulukan...

alkisahnya si Ali dan si Abu mempunyai dua ladang di satu kampung yang sama. namun si Ali mula bersuara kerana terpaksa membayar cukai yang sama banyak dengan Abu walaupun ladang si Ali adalah kecil. si Abu pula turut 'berbicara' kerana wang cukai dipertikaikan oleh rakan baiknya si ali..walaupun ladang abu adalah besar, tetapi ali menggunakan jentera pertanian daripada milik abu. bahkan jika si Abu tidak mebenarkan ali menggunakan jentera tersebut bayangkan pasti ali tidak akan dapat bertani atau mengalami kesulitan...

tetapi kerana rasa tidak adil, ali bersuara untuk memuaskan hatinya...sebaliknya abu terpalit kerana soal cukai diungkitkan...maka si abu pun nak mengungkit juga...kata si ali, ini tidak adil aku bayar cukai sama banyak sedangkan ko ladang yg besar...abu pula menjawab, tapi ko menggunakan jentera aku bahkan kalau jentera itu rosak aku juga yang membaikinya...ada aku ungkit????walaupun ko turut menyumbang minyak jentera tetapi adakah aku pernah ingin menyewakan perkhidmatan jentera itu???jawapannya tidak kerana aku fikrkan ikatan kita sebagai petani yang baik sejak dulu lagi...malah aku sanggup bersusah payah sama sepadan dengan ko demi menjaga hati ko...jika sebelum ini aku tak suka makanan segera, tetapi aku temani juga ko kerana menjaga hati perasaan ko....aku sanggup tidak ikut kata hati aku kerana ingin menjaga hati ko...sb aku tahu ko juga ada perasaan seperti aku yang akan mudah terasa dalam hati..rambut sama hitam tapi hati lain2 kan..

tetapi jika pasal ini diungkitkan, aku juga ingin bersuara.....ko ambiklah ladang yang besar ini dan ko bayarlah lebih cukai tersebut....dan aku akan membayar mengikut saiz ladang aku...dan jentera aku pula akan aku guna sendirian untuk kesenangan aktiviti bertani aku...maka semuanya akan jadi adil.....malah jangan sesekali masuk ke ladang aku untuk meminjam teknologi pertanian yang lain kerana tidak ada di dunia ini yang percumakan...setiap alat yang aku miliki dalam ladang aku adalah berbayar, tetapi pernahkan aku meminta bayaran sebelum ini??....adakah ini untuk menunjukkan keadilan dalam sebuah kampung.??..adakah semua ini harus diperbesarkan????tepuk dada tanya minda...

biarlah ia tersirat dalam hatiku......

3 comments:

miashuhada said...

ada maksud yang mendalam disebalik story tu kan??? tak nak share ngan adik abg pjoe nie??

jeghi said...

mcm aku dpt kesan jah makno tersirat tu...
apopun, legakan hatimu dgn cara kita g derak weekend ni deh.hahahaha

pijol@fizul said...

sue, mestila nak share tp tungguuu...hihi

matyie jom enjoy...hihii