Salam ceria buat semua.
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mengenai PERUBAHAN. Manusia boleh sekelip mata sahaja berubah. Samaada berubah jadi baik, jahat, bertukar personaliti dan macam2 lagi. Begitulah yang dialami aku semenjak datang ke KL. Aku berjumpa dengan kawan baik aku semenjak tingkatan 4 lagi, namun perubahan pada dirinya terlalu banyak sehinggalah menimbulkan rasa segan untuk bergaul dengannya.
Itu satu cerita, cerita pada diriku pula, aku berubah menjadi seorang yang sangat PASIF di dalam kelas. Personalitiku umpama berubah sekelip mata jika dibandingkan aku pada masa alam kampus dulu. Apa yang terjadi pada diriku????Persoalan yang sentiasa menakutkan dan menghantui diriku. Aku jadi takut pada orang sekeliling. Aku jadi sangat KECIL pada orang sekeliling. Aku umpama orang yang tidak ada istimewanya. Pergaulan aku menjadikan aku sangat terhad. Tutur bicaraku menjadi lesu.
Kenapa aku boleh BERUBAH dalam sekelip mata????? Tentu ada sebab dan akibatnya perkara seperti ini berlaku. Namun persoalan ini tetap bermain-main di fikiran aku. Bayangkan saja aku berada dengan orang2 yang taraf Diploma dan Ijazah sarjana muda. Namun aku umpama seorang yang bertaraf SPM...Apa silapku dan kenapa ia berlaku???
Sekadar berbicara dengan hatiku untuk tatapan kalian...Sekian.. adakah kegembiraan dulu bukan untuk dibawa ke dunia kini?????
Monday, November 2, 2009
PERUBAHAN???????
Posted by pijol@fizul at 4:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment