CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 1, 2009

TIPS KONVOKESYEN

Salam berkongsi ilmu ILAHI.

Harini tetiba nak berbicara mengenai HARI KONVOKESYEN. Alhamdulillah ini kali kedua dapat diberikan peluang untuk naik ke pentas menerima segulung 'usaha' selama 3 tahun di UMS. Dulu ketika di UTM. Pastinya semua berbeza dari jubah hinggalah pentasnya.

Kepada semua yang belum lagi konvo (UIA dan UMS) pastinya tak sabar2 nak naik pentas kan. Sekadar ingin berbicara mengenai hari bersejarah itu:

  • jangan lupa mengenai penginapan kita dan sesiapa yang datang untuk konvo kita. jangan asyik bergembira sehingga mengabaikan keselesaan ibu bapa kita atau sesiapa saja. kalau nak tumpang kawan2 pun pastikan bagitau awal2 sebab kawan kita pun ada hal diaorang sendiri
  • kalau nak sewe kereta bukannya pada hari konvo tapi tempah siap2 sebelum hari konvo, pastinya semua kereta sewe macam jual goreng pisang
  • jangan lupa tentang yuran atau apa saja hutang2 kita dengan pihak Universiti.nanti menyusahkan kita pula ketika nak ambik jubah atau transkrip
  • jubah yang diambil pastikan sesuai dengan badan kita supaya nampak 'elegen' bukannya bergayut sini labuh sini sana, koyak dan sebagainya
  • bagi yang datang raptai pastikan ingat betul2 apa yang harus dilakukan supaya photo kita nanti lawa dan puas hati serta tiada kesilapan.bagi yang tak datang raptai tanya kawan yang datang sehingga jelas.
  • ketika nak naik pentas pastikan betul dengan nama kita supaya rekod kita betul untuk urusan photo
  • jangan lupa ambil transkrip selepas konvo. jangan balik tangan kosong sebab kita nak gunakan transkrip untuk urusan mencari kerja
  • jubah jangan lupa antar. tapi pastikan dah puas bergambar dulu. kalau ada mak ayah datang suruh dorang rasa jugak pakai jubah tu. pastikan hari itu hari yang sangat bermakna k
Rasanya itu sahaja yang nak dibicarakan. jangan lupa mengenai pakaian pastikan tengok di laman web universiti mengenainya. kalau boleh pastikan pakaian yang ideal dan akan dipaparkan di rumah dengan 'gah'nya sekali pada anak2 nanti. Bukan untuk riak tapi pembakar semangat.Ok kepada kawan2 jangan lupa kita kumpul ramai2 rakamkan detik kemanisan tersebut. Selamat sampai di destinasi...

2 comments:

Hilal Azmi said...

Thanks atas tips2 nie..Ehe..Baru nak bayaq yuran nie.

pijol@fizul said...

yer jgn lupa lak, nanti kelam kabut lak...