CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

CERAMAH KE-2 @ TAWAU

Salam berbahagia semua.


Semalam 24 Julai 09 pada jam 8.30pm aku ke Sek Men Keb Kuhara Tawau memberi ceramah bertajuk 'pengalaman dan strategi di ambang peperiksaan'. Alhamdulillah semuanya selamat selesai walaupun banyak yang berlaku tanpa di duga. Antaranya ialah p.a sistem yang kurang memuaskan kerana suara orang yang bercakap tidak didengari dengan jelas. Mungkin diakibatkan dewannnya yang kurang penyerap bunyi menyebabkan gema. Kebanyakan pelajar sendiri mengadu dan diakui cikgu yang berada disitu. Namun oleh kerana tanggungjawab, aku terpaksa menghabiskan juga ceramah tersebut lebih kurang 1 jam 30 minit. Semuanya berjalan dengan lancar dengan selingan lagu Fikirkan Boleh dan sedikit tanyangan pergorbanan ibu bapa untuk meningkatkan motivasi para pelajar.Namun harus diingatkan semua 'motivasi yang tinggi tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa diiringi tindakan yang strategik'.

Terima kasih kepada Mat Nor (mpp 08/09), Bell dan semua yang terlibat dalam Program Jejak Pra Siswa 2 tersebut.Para fasilitator dan ajk yang bertugas.Sempat posing sebelum bagi ceramah.(Ustaz Pijol bersama Hasra-MPP, Cik Ton-Ajk Publisiti dan Jasnie-pemandu&jurugambar peribadi aku untuk program ni)
Terima kasih kepada Ketua Pengarah Jejak Pra Siswa 2 saudara Mohd Nor Madiah.
Salam unik untuk semua.

3 comments:

Norti Sirin said...

salam..

tahniah!

pijol@fizul said...

terima kasih cik..

Hafiez said...

Ha..ha.. Abg pijol dah mcm YB.. Ha..ha..