CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 17, 2009

Penceramah Jemputan


Salam berkongsi ilmu.

Kali ni saya nak bercerita mengenai pengalamanku apabila saudari Bell meminta tolong untuk memberi sedikit ceramah kepada pelajar2 Sekolah Kinabutan, Tawau. Pada hari kejadian (15Mei09), aku sebenarnya penat kerana kerja di penjara Tawau tu kan. Tetapi kerana bell dah lama 'booking' aku, jadi kuatkan semangat aku dan lakukan yang terbaik. Pada mula2 memberi ceramah, aku agak terkejut kerana rata2 pelajar lelaki kurang nak memberi fokus. Malah aku difahamkan MatNor(mpp 08/09 merangkap penyelaras kot), pelajar di sekolah itu diantara sekolah yang agak kurang disiplinnya. Namun dengan pengalaman yang ada dan perasaan cuba memahami pelajar2 berkenaan, alhamdulillah penerimaan dorang agak positif.


Dalam pegangan aku semasa memberi ceramah, satu jer aku anggap 'manusia itu unik' dan berjaya atau gagalnya seseorang bergantung kepada tindakannya sendiri untuk berubah atau tidak. Yang penting niatku hanya satu untuk berkongsi pengalaman dan niat kerana ALLAH. Sebenarnya susah untuk kita memberi ceamah di depan khalayak ramai, tetapi jika kita 'berani' dan niat ikhlas, insyaALLAH semuanya akan berjalan dengan baik.


Jutaan terima kasih kepada Bell dan MatNor serta organisasi Program tersebut kerana sudi menjemput aku dan cenderahati yang amat bermakna buat diriku ini. Kepada semua rakan2 terutama yang sedang menjalani PRAKTIKAL, buat yang terbaik dan pengalaman memberi 'ceramah' pasti tiba. Seperti aku pada hari pertama lag diminta mengajar staf2 mengenai bidang psikologi ini. Kita jadikan hari2 ini sebagai suatu pengalaman berguna untuk mencari kerjaya pada masa akan datang.


Jika kita berani menghampiri pantai, pastinya kita tak takut dilambung ombak...

5 comments:

FYZA -LULA said...
This comment has been removed by the author.
miashuhada said...

wah2...dengar kata pemberita UMS....abgku berjaya buat budak2 menangis..hebat lah...hehe

azri said...

tau x pe.....sentap!!!

pijol@fizul said...

semuanya berkat pengalaman yg ader...yg penting ikhlas...amin

Sufi Humairah said...

assalamualaikum..alhamdulillah,akhirnya dapat juga beri sikit masa nak antar comment bt abg MAM...oh ea,sy plajar SMK Kinabutan n salah seorg psrta prgrm prasis ari tu.. thanks bt abg MAM,sebab bagi kesedaran bt kami...sampai skrg crita yang abg kongsi ari tu tak dapat adik lupa..apa pun,teruskan perjuangan abg..o ea,tolong dakan adik ea mdh2an lulus dlm STPM09..apa pun Mudah2an reda n rahmat Allah sentiasa mengiringi kita semua..Amin..