CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

aku ditemani orang yang unik!!!

Assalamualaikum kepada semua.
Hari ini masuk hari yg ke 4 aku menjalani praktikum di penjara. Semakin aku lama disana, semakin banyak yang aku harus rahsiakan. Namun yang ingin dikongsikan bersama ialah aku di kelilingi oleh pegawai penjara, dan juga tahanan di sana. Walaupun ramai yang beranggapan penjara merupakan tempat menakutkan, tapi percayalah semuanyer adalah untuk membimbing para tahanan ke jalan yang benar. Pelbagai aktiviti dilakukan demi rasa kemanusiaan sesama insan. Saling membimbing dan menguatkan semangat untul terus hidup...Aku sangat respect dengan MALAYSIA yang terkenal dengan keprihatinan terhadap sesama manusia termasuk kebajikan para tahanan.

Walaupun perasaan takut sentiasa menyelubungi aku, tetapi rasa kasih terhadap sesama manusia mambuatkan aku kuat untuk membantu apa yang terdaya dengan bidangku. Biarlah apa 'mulut' orang katakan kepada para tahanan, buat aku mereka semua adalah insan yang unik dan sedang berjuang menuju kejalan yang lurus. Ramai di kalangan para tahanan mula kenal erti beragama menuju ke jalan yang benar. Fikir-fikirkanlah masih ramai diluar sana yang tidak pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara tetapi dimana pegangan agama yang membawa insan kejalan yang benar dan lurus...

HARI IBU
Pegalaman aku semasa hari ibu dijalankan di penjara sangat membuatkan aku tersentuh hati diatas keberanian seorang ibu..kATA SI IBU KEPADA AKU, IBU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA MEMBIMBING ANAKNYA KEJALAN YANG BENAR. DAN AKHIRNYA ALLAH MENDENGAR RINTIHAN DOA BERKAT SI IBU KEPADA ANAKNYA. IBUNYA BERSYUKUR SI ANAK DITANGKAP POLIS DAN DIBICARAKAN SERTA DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA. SYUKUR SI IBU APABILA ANAKNYA BERUBAH DARI TIDAK PERNAH SOLAT MENJADI HITAM DI DAHINYA. KATA SI IBU LAGI, IBU TAK PERNAH MENYESAL MENGHANTAR ANAKNYA KE SINI, WALAUPUN MULUT ORANG MENGUTUK DAN MENGATA TETAPI SI IBU HANYA SATU SUARA SAHAJA 'AKU BERSYUKUR YA ALLAH KAU MENDENGAR RINTIHAN HATI SI IBU'..Aku sangat bangga kepada si ibu tersebut yang mempunyai kekuatan dan ketakwaan kepada ILAHI....kenapa nak malu jika si anak di penjara, adakah manusia dilahirkan untuk tidak pernah malakukan kesilapan???fikirkanlah sendiri...seorang anak yang di rumah lain yang tidak di penjara pun, adakah mereka cukup solatnya...kita renungkan bersama...

3 comments:

Hilal Azmi said...

hebat la dapat merasa dok kat penjara...Memang mencabar & hebat..Aku bangga dapat member mcm hang.Nanti kalo aku ada tersalah wat atau tersalah persepsi terhadap orang2 dalam penjara nie.. Harap hang dapat ajar aku....Tegur la slagi kita hidup...

Berkata benar biar pahit.. Aku sanggup menghadapinya...

miashuhada said...

Praktikum memang banyak mengajar kita tentang perkara baru + erti kehidupan...

su pun hari nie melawat pesakit2 aids..Hanya Allah yang tahu macammana perasaan mereka + su sendiri yang dapat melihat secara real...bukan nak membuka aib orang lain tapi melihat keadaan mereka yang mengalami luka2 dan berkudis ditambah dengan bau yg agar kurang menyenangkan buat su rasa benar2 insaf dan menghargai apa yg su ada sekarang..

apa2 pun abg pjoe...inilah pengalaman yang paling berharga kita peroleh masa praktikum + mungkin inilah realiti yg akan kita lalui apabila bekerja kelak..

pijol@fizul said...

yup lal, aku dulu pun banyak persepsi pelik2 dengan orang di penjara...tp bila dah lalui sendiri, baru aku tau erti kehidupan...aku akan cuba berkata2 walaupun ia pahit...aku lg bangga dapat kawan macam hang tau....thanks selalu menjadi kawan yg baik dengan aku k..

sue, betul tue...ini adalah pengalaman yang takkan dapat dibeli dmana2 pun...kita gunakan dengan baik peluang ni n cuba bgtau rakan2 kter k...bukan nak menunjuk tp pedoman untuk kita dan semua...k