CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 28, 2012

IBU BAPA JADI SAHABAT TERBAIK



APABILA menginjak usia remaja, beralih daripada dunia kanak-kanak, sedar atau tidak anak-anak sebenarnya harus menyesuaikan diri dengan perubahan yang mereka alami. Mereka bukan saja berubah secara fizikal, tetapi lebih besar lagi ialah secara mental.


Mental mereka perlu me�nyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru dan keadaan yang berubah menjadi serius. Kita selalu meletakkan tahap membezakan golongan kanak-kanak dan remaja dengan meng�kategorikan mereka sebagai ‘budak sekolah rendah’ atau ‘budak sekolah menengah’.



MOHAMMAD AFIZUL...jadilah sahabat terbaik
kepada anak-anak sendiri.



Perkataan ‘budak’ digunakan kerana kanak-kanak dan remaja masih diandaikan sebagai terlalu muda atau ‘masih budak-budak’. Selalunya ibu bapa dan masyarakat amnya terlepas pandang bahawa perubahan yang dilalui anak mereka dalam menyesuaikan diri daripada fasa kanak-kanak dan remaja bukan perkara kecil. Ini kerana, ia terlalu dekat dan tidak begitu ketara. Apa yang kelihatan pada pandangan mungkin dari segi tubuh badan saja. Dulu rendah sekarang tinggi. Dulu bersuara halus sekarang semakin garau. Remaja yang mengisi kedewasaan tetap juga dianggap ‘budak-budak’.

Apabila ibu bapa sendiri sukar menerima atau menganggap kecil tahap perubahan yang dilalui remaja, mungkin ini antara sebab ramai remaja memberontak dan mengatakan diri mereka tidak difahami. Mereka kononnya tidak dilayan sewajarnya dan dianggap tidak boleh membuat keputusan. Setiap keputusan masih dibuat ibu bapa, maka remaja mula memendam rasa dan berahsia.

Pegawai Psikologi, Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohammad Afizul Mohammad berkata, istilah ‘remaja’ adalah perubahan zaman anak-anak ke zaman yang berlainan.

“Jika dulu sebagai kanak-kanak dia dibelai, dikasihi, mendapat kasih sayang dan dijaga ibu bapa, namun zaman remaja adalah zaman untuk mereka mula mencuba membelai dan memberi kasih sayang kepada orang lain pula. Mereka mula berubah dan mahu menjaga orang lain. Zaman remaja sebenarnya unik kerana ia adalah pertengahan antara jiwa kanak-kanak dan dewasa,” katanya.

Dalam proses perubahan dan pembesaran itu, memang remaja mula inginkan kebebasan dan ingin membuat keputusan sendiri tanpa membabitkan ibu bapa.

“Malah, ramai remaja yang rasa malu untuk ‘rapat’ dengan ibu bapa kerana takut diejek dan sindiran kawan-kawan bahawa ‘rapat’ dengan ibu bapa adalah ‘anak emak’ atau ‘anak manja’.

“Ibu bapa yang baik dan prihatin pasti serba tahu permasalahan anak-anak mereka. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapa supaya mendekati anak-anak secara ‘bijak’ untuk membantu atau mengajar anak-anak erti kehidupan sebenar. Ajaran, didikan dan cara ibu bapa merapatkan hubungan dengan anak-anak adalah faktor utama sejauh mana akrabnya hubungan anak dan ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya ibu bapa sudah akrab dengan anak-anak sejak awal, pasti anak akan kurang berahsia malah selesa menjadikan ibu bapa sebagai ‘kawan’ mereka. Biasanya ibu bapa yang terlalu risau akan menambahkan lagi jurang hubungan mereka dengan anak-anak.

Apakah yang harus dilakukan ibu bapa supaya anak-anak tidak menjauhkan diri dengan mereka di samping tidak lemas dengan kongkongan?

“Ibu bapa harus meletakkan diri mereka di tahap pemikiran anak-anak. Kita semua pernah alami zaman remaja dan kanak-kanak. Mungkin zaman kita dengan mereka sudah berubah, tetapi dari segi emosi dan kemahuan, ia tidak lari jauh. Jika dulu, kita mahu difahami, remaja zaman Internet juga sama. Jadi sangat penting ibu bapa terus mengekalkan hubungan dengan anak-anak supaya ini tidak menjadikan mereka menjauhkan diri,” katanya.

Dia menegaskan ibu bapa harus menjadi sahabat terbaik anak-anak mereka sendiri. Ini akan membuatkan anak-anak meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada ibu bapa.

“Memang nampak sukar, tetapi percayalah banyak kebaikannya. Pengalaman saya melakukan sesi kaunseling kelompok dengan remaja mendapati kemahiran utama yang banyak dilupakan ibu bapa adalah kemahiran mendengar.

“Kuasa untuk mengawal anak-anak adalah dengan adanya kemahiran bersama anak-anak dan paling penting, kemahiran melayan. Bayangkan jika anak-anak terkongkong dan tertekan, pasti jiwanya memberontak,” katanya.

Berdasarkan kes dikendalikannya, dia melihat majoriti remaja ada keinginan untuk lari dari rumah kerana rasa terkongkong dan tertekan di rumah. Alasan mereka, ibu bapa tidak memahami dan tidak mahu mendengar masalah anak-anak.

“Anak-anak lelaki lebih suka mendekatkan diri dengan kawan-kawan dan mudah rasa malu untuk mendekatkan diri dengan ibu bapa. Sebaliknya anak-anak perempuan lebih suka dekat dengan ibu jika ibunya bersifat feminin. Daripada pengalaman saya mengendalikan kes kaunseling, anak perempuan lebih selesa dengan bapa jika ibunya lebih kasar dan kurang mengambil berat terhadap anaknya. Remaja perempuan biasanya suka bercerita kepada ibu bapa dan kawan-kawan, tetapi remaja lelaki suka memendam perasaan terutama dengan ibu bapa dan lebih selesa bersama kawan-kawan,” katanya.

Apabila remaja terlalu mempercayai rakan-rakan, mereka sering tersilap langkah. Bagaimana ibu bapa boleh mengelakkan perkara ini secara halus?

“Membebel adalah sesuatu yang tidak disukai semua orang terutama remaja. Ibu bapa perlu tahu keadaan yang sesuai untuk ‘membebel’ secara halus dan berkesan. Ramai ibu bapa yang tersalah langkah mendidik anak-anak dengan membebel sepanjang masa mengakibatkan remaja makin jauh daripada ibu bapa.

“Niat ibu bapa membebel sebenarnya baik untuk kebaikan anak-anak, namun pada anak-anak ia sesuatu yang menjengkelkan kerana ibarat perlu mendengar semua arahan ibu bapa. Ini menambahkan lagi rasa terkongkong. Daripada membebel, gunakan pendekatan berbincang dan bukan memberi arahan, kurangkan membebel sebaliknya dengar penjelasan mereka bersama sentuhan kasih sayang,” katanya.

Dunia yang semakin pesat membangun memang terlalu banyak memberi keburukan kepada remaja. Ibu bapa perlu peka terhadap persekitaran sekarang.

“Sikap remaja yang dianggap berisiko sekarang ialah pergaulan sesama jantina.

Ibu bapa perlu memerhatikan pergaulan dengan meletakkan had tertentu. Contohnya, ibu bapa perlu memahami persekitaran dan tahu sebab anak-anak ingin tidur di rumah rakan atau jiran. Jika ada sikap anak-anak yang suka bersendirian, pastikan ia tidak berpanjangan, rujuk kaunselor berdaftar atau ahli psikiatri jika berpanjangan,” katanya.

Taksub kepada laman sosial atau Internet juga memberi kesan yang sangat negatif sekiranya tidak dipantau. Ibu bapa boleh memastikan komputer atau laptop berada di tempat yang boleh dilihat bagi mengelakkan hubungan yang tidak sihat dengan rakan Internet atau laman web yang tidak senonoh.

“Perbezaan dalam memberi kebebasan kepada remaja lelaki dan perempuan oleh ibu bapa juga perlu kerana dari perspektif psikologi, perkembangan remaja mengikut jantina juga berbeza. Contoh�nya, remaja perempuan cepat berubah dari sudut fizikal dan mereka juga cepat mahu bercinta kerana ingin mendapatkan perhatian lebih daripada orang lain. Remaja lelaki pula berubah bentuk badan menjadi lebih tegap serta suara yang lebih garau. Kebebasan setiap anak mengikut jantina perlu dibezakan mengikut tahap perkembangan mereka.

“Malah, jika dilihat dari segi keselamatan, remaja perempuan lebih berisiko kerana terdedah kepada masalah sosial seperti seks bebas atau isu rogol. Sebaliknya remaja lelaki hanya berisiko masalah sosial seperti merempit, penyalahgunaan bahan larangan, mencuri dan seumpamanya,” katanya.

Mengenai remaja mencari duit sendiri dengan bekerja sambilan walaupun masih bersekolah, menurutnya, bergantung kepada keadaan kerana ibu bapa lebih memahami perangai anak-anak mereka. Jika peluang untuk bekerja sambilan digunakan sebaik mungkin, ia memberi kelebihan dari aspek penambahbaikan kemahiran serta pengalaman bekerja di dunia sebenar.

“Namun, jika peluang yang diberikan akan menambahkan lagi gejala tidak sihat, ia harus dipantau dan jangan digalakkan. Paling penting, adakah bekerja sambilan itu mengganggu pelajarannya?”

Afizul berpendapat, seeloknya biarlah bekerja digalakkan sebaik habis belajar supaya fokus zaman persekolahan tidak terganggu. Remaja bersekolah, kemudian bekerja pula, ini mungkin membuatkan mereka semakin jauh daripada ibu bapa.

Berikut tip berguna untuk ibu bapa:

•Amalkan komunikasi berkesan dengan anak-anak. Penting sikap bertanya khabar dan berinteraksi dengan anak-anak setiap hari dengan senyuman yang ikhlas tanpa rasa terpaksa. Pastikan juga ada unsur pujian.

•Sentuhan kasih sayang. Sentiasa ada sentuhan antara ibu bapa dan anak-anak seperti pelukan, ciuman di pipi atau tangan serta gosokkan tangan anak-anak secara mesra.

•Menjadi pendengar yang baik. Ibu bapa harus bijak mendengar dan bertanya pendapat anak-anak. Bukannya mendengar dan terus memberi arahan.

•Jangan berpuas hati dengan apa yang ada sebalik�nya sentiasa menambah ilmu keibubapaan.

•Kemantapan rohani. Amalkan gaya hidup yang berlandaskan agama dari awal kanak-kanak, remaja, dewasa dan selamanya. Jiwa yang sihat adalah jiwa yang sentiasa mengaitkan hidupnya dengan Allah S.W.T

Artikel HARIAN METRO ini disiarkan pada : 29/08/2012

Thursday, May 24, 2012

REHAT:TIDUR SAJA TIDAK CUKUP!



Majalah iSIHAT(Utusan Karya) keluaran Jun 12...REHAT:TIDUR SAJA TIDAK CUKUP!

(Jom baca hasil sharing saya setelah ditemubual bulan lepas) moga memberi manfaat pada semua...amin





.

Wednesday, June 15, 2011

KECELARUAN MINDA:SKIZOFRENIA

Kecelaruan Minda
Sila Layari hpc2u.blogspot.com

Tuesday, June 7, 2011

REALISASIKAN FANTASI !!!

Alhamdulillah berkat pertolongan ALLAH SWT saya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk berjuang di medan yang saya cita-citakan.

Sedikit perkongsian mengenai penubuhan Highest Point Consultant-HPC

sila layari hpc2u.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011

Tawaran Hebat!

ASSALAMUALAIKUM WBT,
KAMI DENGAN BERBESAR HATI INGIN MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT:






KAMI JUGA MENAWARKAN PEKERJAAN SEPENUH MASA KEPADA SESIAPA YANG BERKELAYAKAN DALAM MENGEMUDI SESEBUAH KONSULTAN.
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHANTARKAN RESUMER DAN SURAT PERMOHONAN SEPERTI EMEIL DIATAS. TERIMA KASIH

Monday, April 11, 2011

KITA TAK PERNAH GAGAL


Salam minda yang positif buat semua.

KITA SEBENARNYA TIDAK PERNAH GAGAL, TAPI KITA HANYA BELUM BERJAYA LAGI.

Maka teruskan perjuangan dan tekadkan azam demi sebuah kecemerlangan.

Kita dilahirkan untuk mencapai kegemilangan dan kejayaan duniakhirat.

Never say no!!!

Sunday, April 10, 2011

AKU BOLEH BUAT


Assalamualaikum.

Esok bermula perjalanan ujian dalam kehidupan aku iaitu peperiksaan akhir semester. Empat subjek dan ke empat-empat mempunyai peperiksaan akhir jika dibandingkan semester lepas hanya dua peperoksaan akhir sahaja.

Apa pun aku pasti aku mampu lakukan yang terbaik. Selebihnya aku serahkan pada ALLAH SWT.

GOOD LUCK AFIZUL!!!